Thursday, March 24, 2011

A DREAM....what the sign?...

Aku tak tahu bagaimana tuk mulakan entry nih... dah beberapa hari perkara ni berlalu....
atas faktor kesibukan dan masa juga membataskan aku dari terus menulis...
Aku sekadar tuk meluahkan rasa......

Pada malam itu...
Kerana kepenatan aku lena bagai di ulit intan.. walaupun di pikiran aku hanya ada ingatan tentang. siapkan kejer..kejer...n kejer...huhuhu... stress jugak tu kan...
aku agak terkezut pabila seseorang mencari aku disini.. di bumi bintulu...
owh.. akhirnya dia mengotakan janjinya... untuk tidak membiarkan aku terlalu lama tinggal di sini...walaupun telah hampir 3 tahun aku di sini...
dia memimpin tangan ku sambil menjelaskan padaku....
kenapa begitu lama dia menyepi dan menghilangkan diri....
selain keadaan dirinya yang sedang berjuang melawan kesakitan dan kesengsaraan akibat kejahatan yang di lemparkan kepadanya oleh manusia yang berhati busuk dan penuh dengan dendam kesumat hingga sanggup menidakkan kekuasaan Allah.....Ya Allah jauhkan aku dari perbuatan seperti itu...
Aku amat gembira melihat dirinya kembali sihat...perasaan gembira itu tak mampu aku gambarkan di sini...dia juga mengkhabarkan pada ku bahawa dia telah berjaya meyakinkan keluarganya tentang aku setelah dia kembali sihat...dia memohon maaf kerana terlalu lama mengambil masa untuk itu...dan menyatakan selama ini dia tidak pernah melupakan aku (benarkah?)...
dan kali ini dia akan membawa aku pulang untuk ditemukan dengan insan2 yg disayanginya...aku sedikit gentar... namun dalam gentar aku tetap gumbira dan rasa bahagia...
perasaan yang tak pernah aku alami...
akhirnya aku bertemu juga dengan kakaknya yang selama ini menentang keras hubungan kami....sedang aku mendokong anak buahnya yg masih kecil dan berbual dengan kakaknya...
tiba-tiba aku terdengar lagu dari radio (lagu dari laptopku)...aku tersedar... aku mencari hphone ku.. ku lihat jam menunjukkan pukul 3 lebih.... mataku terkebil2 dan terfikir sejenak... aku bermimpi rupanya...
aggghhhhhh.. kenapa aku termimpikan dia?...kenapa mimpiku seperti itu?...perasaan bahagia yang ku rasai dalam mimpiku itu masih dapatku rasakan tika aku tersedar dari lena itu...
Aku amat merindui dia....Ya Allah... apakah semua ini...mimpi ini?...aku tak mampu membendung air mataku dari terus mengalir....
Dalam usaha aku yang makin melupakan dia... membiarkan dia berlalu dari hidup aku...menjadikan dia hanya sejarah.......kini dalam usaha aku yang hampir berjaya...mimpi seperti ini yang hadir...what the sign?.....

Sekadar meluahkan rasa yang hadir seketika....
tapi membawa kesan yg agak dalam di hatiku....
Aku ingin biarkan dia pergi agar aku boleh meneruskan hidupku...(Jika memang tersurat dia bukan untukku)...tanpa dibayangi dia...supaya aku mampu menerima kehadiran insan lain....
Mampukah?.. aku akan terus berdoa....








Sunday, March 6, 2011

another ordinary day.....

Yuhuuu... helo.hello.. kengkawan..
gheee...
ni baru 2nd entry for this year...
hermm.. sebenarnyer haku terlupa dah pasal blog nih..gheee...
+ bz.. bz year lagik ek..hermmm.. biiler la nak stabil nih?...
bila time ujung minggu macam nih baru leh nak bersantai.. walau dalam kepala masih tak leh lapang n lupakan kejer yg berlambak2...biler nak abis ontah.. buat pun tidak..wahhahaha..
hermm... apa yg korang2 semua buat di hujung minggu ni ek?.khususnyer ari nih?..
haku masih duk melepak di umah.. cuba buat kejer.. tapi tak buat2...kuikuikui..
duk tgh webcam ngan anak2 buah haku kat kg.. huhuhu.. rindu sangat kat dia urg semua...
dah nak masuk 3 bulan tak jumpa dia urg...waaaaaaaaa....dah makin besar semuanya..
selalunya.. bila rindukan dia urg haku tgk video yg haku amik masa bersama dia urg cuti skull lepas..terasa macam haku masih dokong dia urg..huhuhu.. windu..windu.....
ini lah perasaan haku yg jauh diperantauan....
sedang haku menaip entry ni pun air mata haku bergelinangan... tak mampu tuk bendung perasaan rindu pada mereka semua...tak puas walaupun bleh tgk dia urg kat lam cam..
tak bleh nak peluk dia urg.. nak cium dia urg.. usik dia urg...
hukhukhuk....(T_T).....anak buah haku yg berusia 1 bulan masa haku dokong dia.. kini dah besar... haku masih boleh merasa yg dia di pangkuan haku...haku belai dia.. haku usik dia.. haku buat dia menagis..huhuhu.. kini .. waaaaaaaaaa... haku hanya mampu tgk jer...
tak sabarnyer haku nak pulang.....huhuhu...